🚀 go-pugleaf

RetroBBS NetNews Server

Inspired by RockSolid Light RIP Retro Guy

Thread View: alt.comp.malaysia
1 messages
1 total messages Started by Den Baguse Krislam Mon, 30 Oct 2006 04:51
PERJUANGAN SAYA BERTENTANGAN DENGAN KEADAAN PERSEKITARAN
#23
Author: Den Baguse Krislam
Date: Mon, 30 Oct 2006 04:51
17 lines
2424 bytes
PERJUANGAN SAYA BERTENTANGAN DENGAN KEADAAN PERSEKITARAN

Meskipun saya menjadi tetap dan teguh serta yakin tentang kebenaran ini,dan 
bersedia untuk menerima Isa sebagai penyelamat peribadi saya,tetapi saya 
tidak menjadi Kristian secara rasmi,kerana kaadaan persekitaran yang menjadi 
halangan kepada saya.Ketakutan dan kebimbangan ini  sentiasa menghantui 
fikiran saya.

Pengalaman saya menunjukkan bahawa terdapat ramai  orang  yang tegas dengan 
kehendak mereka  untuk menerima Isa sebagai penyelamat mereka,tetapi mereka 
sering teragak-agak untuk menentang pengaruh persekitaran mereka,mungkin 
kerana mereka tidak rela ataupun takut untuk melawan ibu bapa 
mereka.Kadang-kadang mereka takut kalau-kalau majikan mereka memberhentikan 
kerja mereka kerana mereka memeluk Al-Masih. Orang yang percaya juga akan 
berselisih faham dengan isteri mereka kerana mereka ingin mengikuti Isa 
bersama-sama dengannya; ini juga merupakan rintangan yang menghalang mereka 
daripada mengikuti Isa untuk mempengaruhi hidup dan hati mereka.
Thread Navigation

This is a paginated view of messages in the thread with full content displayed inline.

Messages are displayed in chronological order, with the original post highlighted in green.

Use pagination controls to navigate through all messages in large threads.

Back to All Threads